Berita Hari Ini

Tarik Lesen 8 Syarikat Minyak

SELAMA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menarik dan membekukan lesen lapan syarikat pembungkusan minyak bersubsidi.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sehingga kini lebih 2,000 tan metrik kuota minyak masak bersubsidi ditarik balik dalam tempoh masa sebulan.

Memetik laporan Sinar Online, ujarnya, sejak beberapa bulan lalu, tangkapan dibuat kerana kementerian mahu memastikan sesiapa sahaja diberi kontrak pembungkusan minyak masak bersubsidi harus melakukannya dengan penuh etika.

“Kerajaan berikan subsidi untuk kepentingan rakyat, tapi ada pihak ambil kesempatan kaut keuntungan lebih.

“Apabila kita berikan kuota, mereka masih memperoleh keuntungan tapi jangan lebih-lebih,” katanya selepas menyempurnakan Program Di Celah-Celah Kehidupan, semalam.

Hamzah berkata, selepas tangkapan dibuat, dikenal pasti mereka menjual minyak berkenaan seolah-olah ia bukan minyak bersubsidi.

“Sebab itu kita tangkap dan mereka ini tidak akan diberi lagi kontrak pembungkusan minyak masak bersubsidi.

“Sejak beberapa bulan lalu, beberapa tangkapan dibuat, antaranya dua di Seremban pada bulan lalu, di Sandakan (Oktober), Johor (November) tahun lalu dan Terengganu baru-baru ini,” katanya.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, kementerian telah menubuhkan pasukan penguatkuasaan khas bagi memantau kegiatan itu.

“Pasukan ditubuhkan sejak enam bulan lalu akan buat risikan dan pemantauan bagi membongkar kegiatan segelintir syarikat ini.

“Jadi, tidak timbul isu kekurangan bekalan kerana pihak kami akan gantikannya dengan syarikat pembekal minyak masak lain.

“Setakat ini kita ada 270 syarikat pembekal minyak masak di seluruh negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");