Membawang Hari Ini

Tayangan Perdana Filem Lee Chong Wei Di Stadium Nasional

PEMINAT Datuk Lee Chong Wei dan sukan badminton berpeluang menonton filem Lee Chong Wei versi tambahan durasi 133 minit pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Acara ‘Tayangan Perdana Sedunia Lee Chong Wei Versi Tambahan 133 minit’ itu turut dihadiri jaguh badminton negara itu sendiri, selebriti serta pengarah dan pelakonnya.

Filem arahan Teng Bee itu mengisahkan kehidupan awal Chong Wei yang penuh liku sehingga menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

Filem berkenaan akan ditayangkan di dalam stadium menggunakan layar gergasi LED berukuran 40 meter X 17 meter, sekali gus menjadikannya sebagai majlis tayangan perdana filem terbesar di Malaysia.

Tayangan itu dijangka dihadiri kira-kira 20,000 penonton dan bakal dicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records.

Penerbit Eksekutif Filem, Datuk Joe Lee berkata, Chong Wei belum lagi menonton filem berkenaan dan akan menyaksikannya buat pertama kali bersama penonton.

“Peminat juga boleh menyaksikan acara permaidani merah sepanjang 100 meter mengalu-alukan kedatangan jaguh badminton tanah air, pelakon filem ini serta tetamu selebriti. Penganjur juga menjemput skuad badminton negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 ke acara penuh bermakna ini,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Tiket berharga RM88, RM108, RM128 dan RM168 boleh dibeli menerusi laman web WWW.MYTICKET.ASIA mulai 20 Januari 2018.

Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma, sehelai kemeja-T filem Lee Chong Wei yang bernilai RM59, sekeping tiket filem Lee Chong Wei di pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem Lee Chong Wei serta beg.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");