Jenayah

Temui Ajal Ketika Pulang Masjid

TROLAK: Seorang warga emas maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari masjid di Jalan Berlian, FELDA Trolak Timur, dekat sini, jam 2.14 petang tadi.

Mangsa, Asmawi Japri, 68, yang menunggang motosikal jenis SYM Esmart berasal dari kawasan FELDA itu maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian mangsa dikatakan baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Felda Timur.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan polis mendapati mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dipercayai terjatuh dari motosikal ditunggangnya dan tubuhnya melintang di tengah jalan.

Katanya, pada masa sama sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 23 tahun datang dari arah bertentangan dan tidak dapat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

“Penunggang motosikal yang merempuh mangsa juga cedera pada bahu kanan,” katanya menerusi laporan BH Online, hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");