Jenayah

Tiada Laporan Polis Dari Farid Kamil

PETALING JAYA: Polis Daerah Petaling Jaya menafikan menerima laporan polis oleh pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata semakan di Balai Polis Mutiara Damansara setakat petang tadi mendapati tiada laporan, seumpamanya dibuat penama terbabit.

Malah katanya, tiada juga laporan dibuat di mana-mana balai polis dalam Daerah Petaling Jaya.

“Semakan setakat hari ini, tiada laporan polis dibuat penama terbabit di Balai Polis Damansara atau mana-mana balai dalam pentadbiran Petaling Jaya.

“Bagaimanapun, dia ada membuat satu laporan dalam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 18 Januari lalu, tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut perkara itu,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah Kolej Universiti Saito di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Difahamkan, laporan dibuat Farid Kamil itu bagi memberi kebenaran kepada adiknya untuk mengambil beberapa barang peribadi beliau dan dua anaknya di rumahnya di Tropicana, Damansara.

Terdahulu, memetik laporan BHOnline hari ini,Farid Kamil berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya menunjukkan dia memegang sekeping kertas dipercayai laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara.

Dalam kapsyen gambar yang dikongsi itu, dia turut menyatakan mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya tanpa menyebut individu dimaksudkan.

Pada masa sama, beliau turut berharap masyarakat dapat mendoakan supaya perjalanan hidupnya yang penuh berliku itu mampu ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Farid bagaimanapun menerusi aplikasi WhatsApp, cuma menjawab: “Jumpa di mahkamah esok pagi untuk maklumat seterusnya.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");