Isu Panas

‘Tidak Wujud Kerjasama UMNO Dan PAS’

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin tiada kerjasama di antara UMNO dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Memetik laporan BH Online, beliau berkata perkara itu sudah dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) akan lawan habis-habisan menentang PAS.

Malah katanya, BN mempunyai peluang cerah untuk merampas semula pemerintahan kerajaan negeri Kelantan daripada PAS.

“Saya ada mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Perdana Menteri di rumah saya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya secara terbuka bertanyakan kepada Perdana Menteri berhubung kerjasama dengan PAS dan Perdana Menteri memaklumkan memang tiada kerjasama,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jalinan Rakyat (JR) Plus peringkat Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kelantan, Rahimah Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusof.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");