Perak Hari Ini

Tiga Pendaki Bukit Pangkor Sesat, Berjaya Ditemui

PULAU PANGKOR: Tiga orang pendaki yang dilaporkan kehilangan arah ketika berada di puncak Bukit Pangkor, dekat sini, semalam, berjaya ditemui pasukan bomba pada hari yang sama.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor menerima panggilan dan laporan berkenaan tiga pendaki yang dilaporkan sesat sekitar jam 8.15 pagi.

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya dihubungi melalui panggilan telefon, untuk tindakan selanjutnya.

Menurut laporan, keadaan yang gelap merupakan punca mengapa ketiga-tiga mangsa sukar untuk menemui jalan turun ke kaki bukit

Pasukan bomba yang diketuai Ketua Operasi, Suhaimi Nijar berjaya menemui mereka dalam tempoh dua jam perjalanan ke puncak bukit.

Tiada sebarang kecederaan yang direkodkan. Operasi tamat pada jam 11.35 malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");