Berita Hari Ini

Tindakan Tegas Akan Diambil Jika Pemandu Ingkar

TELUK INTAN – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemandu kenderaan berat yang melalui Jambatan Sultan Yusuf, Batu 5, selepas ia dibuka kepada kenderaan ringan 31 Disember lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, jambatan tersebut belum lagi dibuka untuk kenderaan berat dan hanya boleh dilalui kenderaan ringan.

“Saya mohon agar pemandu kenderaan berat mematuhi arahan yang telah dimaklumkan serta dipasang di lokasi tertentu demi keselamatan pengguna lain.

“Sekiranya mereka enggan mematuhi tindakan akan diambil oleh pihak PDRM ke atas pemandu tersebut,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Menurut beliau, pihaknya juga akan melakukan lawatan ke Jambatan Sultan Yusuf pagi ini bagi melihat keadaan lalu lintas di sana.

Sementara itu, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak, Abdul Rani Harun memaklumkan, pihaknya sudah berbincang dengan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, mengenai perkara berkenaan minggu lalu.

“Perbincangan saya dengan Ketua Polis Daerah berkaitan isu ini minggu lalu memaklumkan sebarang pelanggaran kenderaan berat di Jambatan Sultan Yusuf perlu dibuat laporan polis.

“Sejak Jambatan Sultan Yusuf ini dibuka, pihak JKR telah menerima laporan lebih daripada empat kes kenderaan berat melalui jambatan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Marzukhi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada sesiapa berhubung kejadian berkenaan.

“Kami baru dapat maklumat. Tak ada laporan polis dibuat,” jawabnya ringkas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");