Membawang Hari Ini

Tinggalkan Konti Radio, Farah Fauzana Kini Aktif Buat Kerja Amal

Farah Fauzana Mohd Fadzil lahir atau lebih dikenali dengan nama ‘Fafau’ dilahirkan pada 7 Februari 1980 dan berasal dari Petaling Jaya Selangor.

Beliau merupakan Graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) dari UiTM, Shah Alam dan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Komunikasi Massa dari Kolej Universiti Geomatika.

Pernah bergelar penyampai di radio Era FM (2004-2005) dan Hot FM (2006-2016) sebelum meninggalkan kerjaya di konti radio memetik sumber Sinar Harian.

Manakala Filem pertama lakonan Fara ialah SH3 The Movie (2004) dan diikuti dengan Jin Notti (2009), Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Suami (2010), Pontianak Vs Orang Minyak (2012), Girlfriend Kontrak (2015) dan lain-lain.

Selain program Melodi, Farah juga pernah menjadi pengacara program Muzik-Muzik dan Nona bersama Neelofa. Terbaru Farah muncul mengendalikan program Inspirasi Harapan yang kini sedang disiarkan di Astro Ria, setiap Jumaat.

Sebelum dan selepas bergelar artis, Farah adalah peminat tegar kepada Ziana Zain.

Malah selepas meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio, Farah banyak terlibat dalam aktiviti amal dan kemanusiaan.

Farah juga pernah dinobatkan sebagai Pengacara Wanita Popular TV, Anugerah Bintang Popular 2005-2012 dan mengungguli Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2007-2014.

Pada Julai 2016 Farah mengumumkan untuk menamatkan zaman solonya dengan seorang lelaki menerusi satu sidang media namun perkahwinan itu dibatalkan pada saat akhir atas sebab peribadi.

Farah merupakan sahabat baik kepada Jihan Muse, Zara Zya dan Sheila Amzah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");