Berita Hari Ini

‘Tun M Memang Nak Cari Publisiti’ – Khaled Nordin

PASIR GUDANG: Kritikan Tun Mahathir terhadap projek pembangunan mega, Forest City hanya untuk mencari publisiti.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau turut mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang menghalakan perhatian dan fokus terhadap projek pembangunan di atas tanah seluas 0.01 peratus daripada keluasan negeri ini.

“Tun Mahathir kalau dia tak kritik itu, dia bukan Tun Mahathir. Dia memang nak cari publisiti. Saya dah beritahu banyak kali, Forest City itu hanya merupakan 0.01 peratus daripada negeri Johor.

“Jadi Dr Mahathir, mengapa hala perhatian dan fokusnya kepada 0.01 peratus daripada negeri Johor? Buat lah macam Kerajaan Johor, sekurang-kurangnya dalam soal agama Islam kita pasti agenda kita. Kita nak kuatkan orang Islam yang 60 peratus Johor itu. Kuat dalam agama. Itu ‘atleast 60’ peratus, ini dia 0.01 peratus. Jadi janganlah terpengaruh,” katanya pada sidang media Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Fasa 5 di SAKJ Bandar Seri Alam 2 di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Johor tidak memiliki sumber asli yang besar dan berharga seperti minyak, gas dan balak seperti negeri-negeri lain.

“Kalau Johor tak da berlakunya pertumbuhan ekonomi, kita tak boleh bawa kemajuan kepada rakyat. Kita tak boleh bina banyak lagi sekolah agama. Johor tak da sumber asli penting macam Sabah, Sarawak, Terengganu dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Johor juga tidak seperti Selangor yang terletak di Lembah Klang, di mana limpahan manfaat daripada kerajaan pusat turut dirasai negeri tersebut.

“Johor tak da. Johor kena fikir bagaimana cara dia nak bangun sendiri. Jadi dengan Dr Mahathir hala Forest City, dia tidak membantu. Dia tak faham Johor, dia hanya faham Lembah Klang,” katanya lagi.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");