Perak Hari Ini

Ular Sawa Batik Sembunyi Dalam Tong

IPOH: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kinta menangkap ular sawa batik sepanjang tiga meter di sebuah rumah di Jalan Sentosa,Taman Manorama Fair Park di sini pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap APM Kinta, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.25-pagi mengenai kehadiran ular berkenaan di rumah itu.

“Ular sawa itu didapati telah memasuki sebuah reban ayam penduduk di Jalan Sentosa Taman Manorama Fair Park,” katanya.

Kata sumber seekor ular sawa yang seberat 20 kilogram iaitu sepanjang 3 meter telah memakan seekor ayam dan sedang menyorok didalam sebuah tong plastik.

Pihak APM mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk menangkap reptilia berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");