Perak Hari Ini

Umum Calon Awal, Keputusan Muktamad Oleh Pengerusi BN

SLIM RIVER:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa pengumumam awal calon bertanding untuk Pilihan r
Raya Umum ke-14 hanya sesuai dilakukan untuk kawasan tertentu sahaja.

Jelasnya, sesetengah kawasan memerlukan perbincangan lanjut dilaksanakan terlebih dahulu antara parti-parti komponen yang terlibat sebelum sebarang keputusan dibuat.

Malah tegasnya semua keputusan itu belum dibuat dan hanya sebagai cadangan awal serta ketetapan akhir untuk diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian bagi mengulas MCA yang mengumumkan Naib Presidennya, Datuk Lee Chee Leong, sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kampar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengumumkan nama Timbalan Ketua Bahagian MCA Kampar, Chang Gwo Chyang sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar manakala Setiausaha Bahagian MCA Kampar, Daniel Wa sebagai calon DUN Keranji pada Ahad lalu.

“Keputusan berdasarkan persetujuan diantara Presiden dan Naib Presiden mereka di kawasan Kampar, apapun ia akan dibawa pada peringkat tertinggi untuk keputusan akhir oleh Pengerusi Barisan Nasional membuat keputusan,” katanya pada satu sidang media sejurus selepas mesyuarat exco hari ini.

Katanya, pengumuman Pengerusi MCA itu bukan satu pengumuman diluar jangkaan kerana dalam konteks BN perbincangan sentiasa diadakan antara parti komponen.

“Kesemuanya bergantung kepada keputusan akhir yang akan dimuktamadkan oleh Pengerusi kelak,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");