Sukan Hari Ini

VAR Cetus Lebih Kontroversi: Allegri

MILAN: Pengendali Juventus Massimiliano Allegri menyifatkan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) di Serie A sebagai mengundang lebih banyak kontroversi.

Bagaimanapun menurutnya, disebabkan peminat di Itali menggemari kontroversi, secara dasarnya penggunaan VAR adalah idea yang bagus.

Juventus yang menghuni tangga kedua Serie A menang 1-0 di Cagliari, semalam tetapi kelab berpangkalan di Sardinia itu berang disebabkan oleh dua keputusan.

Mereka mendakwa gerakan yang membawa kepada jaringan Federico Bernardeschi pada minit ke-74 sepatutnya dihentikan kerana Leonardo Pavoletti disiku oleh Medhi Benatia tetapi pengadil membenarkan jaringan berkenaan tanpa merujuk kepada VAR.

Sejurus kemudian, Cagliari menuntut penalti selepas bola terkena tangan Bernardeschi tetapi ia diabaikan oleh pengadil tanpa melihat kepada rakaman video sekali pun media di Itali berkata dia diberikan nasihat oleh VAR menerusi fon telinga.

“VAR diperkenalkan untuk mengurangkan kontroversi tetapi mereka menambahnya, mungkin kerana rakyat Itali menggemarinya,” kata Allegri.

“Kami melihat kepada kontroversi berbanding menganalisa permainan dan Cagliari bermain dengan amat baik dan tidak sepatutnya kalah.

“Jelas ini adalah tahun pertama VAR digunakan dan pada musim depan, kita pasti akan mendapat penjelasan yang lebih. Pengadil juga menjalankan kerja dengan amat baik dan akan belajar untuk menggunakannya bagi insiden yang sukar dilihat.

“Sebagai contoh, ia penting bagi menentukan ofsaid. Dalam setiap perlawanan, pasti akan ada keputusan yang sukar untuk dibuat, kadang kala ia memihak kepada anda dan kadang kala tidak. Anda perlu bersedia untuk menerimanya.” – REUTERS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");