Membawang Hari Ini

Video Kontroversi Logan Paul, YouTube Keluar Kenyataan

SAN FRANCISCO: YouTube, rangkaian perkongsian video terbesar dunia, pada Selasa memberi maklum balas terhadap sebuah video grafik mayat mangsa bunuh diri kontroversi yang dimuat naik oleh seorang daripada bintang paling popularnya pada hujung minggu, lapor mStar Online.

Bintang YouTube itu, Logan Paul, memuat naik rakaman video berdurasi 15 minit yang memaparkan mayat seorang lelaki yang membunuh diri di sebuah hutan terkenal di Jepun ke saluran YouTube yang diikuti oleh 15 juta pelanggan.

Video itu menunjukkan Paul dan beberapa rakannya berjalan melalui hutan Aokigahara di Jepun apabila mereka terserempak dengan mayat seorang mangsa bunuh diri.

Hutan Aokigahara itu sering digelar sebagai ‘Hutan Bunuh Diri’ di mana ramai orang di Jepun memilih untuk mencabut nyawa sendiri di situ.

Paul, yang mempunyai kira-kira 3.92 juta pengikut di Twitter, telah dikritik hebat oleh pengguna YouTube lain susulan paparan video sensasi dan ‘menjijikkan’ itu.

Dia kemudian mengeluarkan video dari salurannya sendiri dan memohon maaf di Twitter untuk tingkah lakunya yang tidak wajar.

Berikutan kemarahan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna, YouTube, yang dimiliki gergasi teknologi terkemuka dunia iaitu Google, mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa bagi memperjelas polisinya dalam mengharamkan kandungan ganas dan lain-lain yang tidak sesuai.

“Kami bersimpati dengan keluarga mangsa yang dipaparkan dalam video itu. YouTube melarang kandungan ganas atau mengerikan dimuat naik dengan cara yang mengejutkan, sensasi dan biadap,” kata YouTube.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");