Jenayah

Wanita ‘Kantoi’ Membunuh Gara-Gara Gambar ‘Selfie’ Di Facebook

TEMBERANG seorang wanita membunuh rakannya sendiri pecah gara-gara sekeping gambar ‘selfie’ yang dipapar di akaun Facebook.

Cheyenne Rose Antoine, 21 tahun, mengaku bersalah membunuh Brittney Gargol, 18 tahun di Kanada dua tahun lalu.

Gargol ditemui dengan kesan dicekik berdekatan tempat membuang sampah di Saskatoon, Saskatchewan, dengan seutas tali pinggang berdekatan mayatnya.

Menurut polis Kanada, mereka berjaya menjejak Antoine yang secara tidak sengaja mendedahkan dirinya apabila memuat naik gambar dia bersama mangsa lapor agensi Astro Awani.

Polis mengesan tali pinggang yang ditemui berdekatan mayat mangsa, sama seperti yang dipakai Antoine di dalam gambar berkenaan.

Gambar berkenaan dimuat naik enam jam sebelum berlakunya pembunuhan.

Selepas membunuh rakannya, Antoine menulis mesej di halaman Facebook Gargol.

“Di manakah anda, belum mendengar berita daripada anda, harap anda selamat pulang,” mesej yang ditulis Antoine dengan tujuan untuk mengelak dirinya menjadi suspek.

Namun kerana gambar dan mesej itu, penyiasat mula mengesan Antoine dan menjalankan siasatan lanjut.

Antoine mendakwa dia dan Gargol bersahabat baik, dan minum sehingga mabuk, sebelum terlibat dalam satu pertengkaran.

Dalam hujah mempertahankan diri di mahkamah, Antoine mengaku tidak ingat mencekik Gargol, namun langsung tidak menafikan dia membunuh rakannya itu.

“Saya tidak akan memaafkan diri saya,”kata Antoine dalam kenyataan yang dibacakan di dalam mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");