Jenayah

Warga Indonesia Temukan Mayat Bayi Dalam Beg Galas

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia terkejut selepas menemukan mayat bayi perempuan dipercayai baru lahir di dalam sebuah beg galas ketika sedang memancing di Tasik Seksyen 6, di Kota Damansara petang semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, lelaki Indonesia tersebut kemudian memaklumkan majikan isterinya mengenai penemuan itu sebelum menghubungi pihak polis.

“Beg galas berwarna hitam itu ditinggalkan di tepi tasik dan dihurung lalat sehingga menimbulkan syak kepada lelaki tersebut.

“Dia membuka beg berkenaan menggunakan kayu dan mendapati di dalamnya terdapat mayat bayi malang tersebut yang dibungkus dengan beg plastik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah sumber, mayat bayi itu kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk dibedah siasat.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");