Sukan Hari Ini

Wenger Enggan Label Sanchez Sebagai Tentera Upahan

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger, berkata Alexis Sanchez tidak sepatutnya dianggap sebagai “tentera upahan” kerana memilih menyertai Manchester United berbanding memperbaharui kontraknya di Stadium Emirates.

Sanchez berpindah ke Old Trafford semalam menerusi pertukaran pemain dengan Henrikh Mkhitaryan.

Pemain Chile dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak £350,000 (RM1.9j) seminggu di Old Trafford, jauh melebihi bekas rakan sepasukannya di Arsenal yangg ditinggalkan setelah kontraknya bersama The Gunners memasuki enam bulan terakhir.

Menurut laporan Stadium Astro, Wenger pernah mencadangkan bahawa Sanchez berpindah kerana wang di sebalik keinginan tingginya untuk mengekalkan anak buahnya itu sambil mendakwa “tidak dapat memahami” mengapa pemain berusia 29 tahun itu mahu meninggalkan Arsenal.

Bagaimanapun, pegurus Perancis itu tampil dengan pandangan berikutnya ketika bercakap dengan media semalam menjelang saingan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) di laman sendiri bertemu Chelsea, awal pagi esok.

“Sudah tentu aspek kewangan penting tetapi dia boleh menggabungkan kedua-duanya (dengan menyertai United),” kata Wenger.

“Dia menyertai sebuah kelab hebat dan dia mendapat kontrak hebat, jadi anda boleh memahami bahawa pemain profesional boleh menggabungkan kedua-dua aspek itu.

“Saya mahu bertanya kepada anda, apa perbezaan di antara seorang profesional dan seorang tentera upahan? Saya tidak akan menganggapnya sebagai tentera upahan.

“Bagi saya, tidak masalah wang dengan anda laburkan. Apa yang penting ialah apa yang anda lakukan sebaik sahaja anda menandatangani seseorang pemain.

“Jika esok saya mendapatkan pemain baru dengan harga £1, tanggungjawab saya tetap sama jika saya mendapatkan pemain yang bernai £100j, saya akan memberikan yang terbaik apabila saya menandatangani kontrak dan tidak menghiraukan apa orang lain akan lakukan.”

Mkhitaryan yang kurang dipedulikan di Old Trafford berpeluang memulihkan kariernya yang pernah berkembang pesat di Bundesliga bersama Borussia Dortmund.

Sehubungan itu, Wenger mengesahkan bahawa Arsenal pernah cuba mendapatkan Mkhitaryan sebelum dia beralih ke Manchester United pada 2016.

“Saya bertemu dengannya dan kami hampir memuktamadkan perjanjian tetapi pada akhirnya, ia tidak menjadi kenyataan,” kata Wenger lagi.

“Anda bimbang kerana dia kurang berkesan di United namun ini adalah peluang baru untuknya. Dengan kualiti yang ada padanya, saya pasti dia akan merebut peluang ini.

“Saya mungkin perlu menganalisis gayanya di United, apa yang boleh kami boleh lakukan, bagaimana kami boleh membantunya?

“Secara peribadi, saya melihatnya memainkan peranan di bahagian sayap tetapi saya fikir dia juga mampu beraksi di bahagian tengah sebagai peranan nombor 10 atau mungkin posisi yang lebih ke dalam.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");