Berita Hari Ini

Yabba, Dabba, Doo! Sultan Johor Dapat Kereta ‘Flintstones’

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuktikan bahawa seseorang itu tidak pernah terlalu tua untuk permainan yang mengembalikan semula kenangan zaman kanak-kanak selepas baginda menerima replika kereta yang berinspirasikan siri animasi klasik ‘The Flintsones’, pada Isnin.

Diilhamkan daripada kartun terbitan Hanna-Barbera pada 1960-an yang popular, kenderaan ikonik yang ‘menggunakan kaki untuk bergerak’ itu digunakan oleh watak utama Fred Flintstone.

Ia merupakan hadiah daripada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada Sultan Johor.

Sultan Ibrahim memuat naik beberapa gambar kenderaan berkenaan di halaman Facebook baginda lapor Thestar.

Kereta itu dilengkapi dengan kemasan kayu di bahagian badan dan juga tayarnya dilitupi dengan ‘batu’.

Jika hujan, ia mempunyai bumbung yang diperbuat daripada kain dan terdapat skrin seperti tingkap belakang yang sebenar.

Berbeza dengan versi kartun, kereta tersebut dilengkapi dengan enjin yang tidak memerlukan pemandu dan penumpang bergantung kepada kaki untuk menggerakkannya.

Menurut istana, Flintstones merupakan kartun kegemaran Sultan Ibrahim dan Fred Flintstone adalah watak kegemaran baginda.

Hadiah tersebut disampaikan kepada baginda oleh wakil rasmi Pemangku Raja Pahang, Datuk Manjit Abdullah, di Istana Pasir Pelangi di Johor Baru pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");