Perak Hari Ini

10 Tahun Bekerja, Wanita Tuntut Hak

IPOH:Seorang wanita yang bekerja dengan suaminya juga selaku majikannya hampir 10 tahun tampil membuat tuntutan di Mahkamah hari ini berkaitan dengan permohonan perbelanjaan perubatannya melalui caruman dibayar oleh suaminya sejak tahun 2000.

Permohonan Veeradevi kepada pertubuhan itu ditolak dan dinasihatkan untuk membuat rayuan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri.

Menurut Peguambela M Kulasegaran tuntutan tersebut berkaitan dengan Perenggan 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang menolak hak seorang pekerja yang berkerja dengan suaminya yang mana tidak layak untuk mendapat caruman tersebut.

“Saya telah bangkitkan perkara ini mengenai akta tersebut, dan anak guam saya bekerja lebih 10 tahun dan caruman telah dibayar setiap bulan,” katanya hari ini.

Terdahulu, difahamkan Veeradevi yang mengalami masalah kesihatan tampil membuat permohonan namun gagal berikutan akta tersebut yang tidak melindungi haknya sebagai pekerja yang juga merupakan pasangan kepada majikannya.

Majikannya yang juga suami Veeradevi bagaimanapun telah membayar caruman pekerja untuknya setiap bulan sejak tahun 2000 bagaimanapun tidak boleh membuat tuntutan disebabkan status perkahwinan mereka.

Malah Veeradevi turut berhadapan masalah untuk mendapatkan pelan insurans baharu berikutan umurnya yang sudah lanjut.

Bagaimanapun perbicaraan ditunda pada 21 Febuari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");