Jenayah

2 Warga Singapura Sesat Di Hutan Gunung Pulai

KULAI: Dua warga Singapura dilaporkan sesat di Hutan Gunung Pulai, di sini, sejak petang semalam.

Menurut Sinar Online, mereka dipercayai seorang wanita dan seorang lelaki yang belum dikenalpasti identiti.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-dua mangsa itu dilaporkan hilang kira-kira jam 5.55 petang.

“Satu laporan diterima menerusi talian 999 memaklumkan terdapat seorang lelaki hilang di gunung berkenaan.

“Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang berada di tempat kejadian turut memaklumkan wanita itu disyaki cedera.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan lagi hari ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");