Jenayah

36 Ahli Geng 04 Tiba Di Mahkamah Untuk Pendakwaan

IPOH: Seramai 36 tertuduh ahli kumpulan kongsi gelap dikenali ‘Geng 04’ tiba di Kompleks Mahkamah Ipoh di sini hari ini pada pukul 9 pagi.

Kesemua tertuduh tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan khas  diiringi kenderaan polis dan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Terdahulu  polis mengadakan kawalan keselamatan yang ketat bagi membawa 36 ahli kumpulan itu  dari Ibu pejabat Polis  Kontinjen (IPK) Perak untuk pendakwaan di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Kesemua 36 ahli kumpulan tersebut di bawa ke mahkamah  menaiki dua buah kenderaan polis Black Maria diiringi kereta polis serta polis trafik.

Kenderaan membawa mereka keluar dari bangunan IPK di Jalan Sultan Iskandar pada pukul 8.50 pagi  melalui Jalan Panglima Bukit Gantang ke Mahkamah Sesyen Ipoh yang terletak kira-kira 500 meter.

Kesemua ahli kumpulan itu termasuk seorang bergelar Datuk yang ditahan dalam operasi khas, Op Cantas Silver sejak 27 Januari lalu  didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli sesuatu kumpulan jenayah terancang.

Mereka yang berusia antara 20 hingga 60 tahun itu merupakan pemimpin tertinggi geng berkenaan yang aktif dalam jenayah terancang serius di negeri ini termasuk bunuh, samun, pemerasan, khianat dengan api serta pengedaran dadah.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");