Berita Hari Ini

370 Dapat Pingat Sempena Hari Wilayah

PUTRAJAYA: Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Samsudin Osman mendahului senarai 370 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Bekas Ketua Setiausaha Negara itu dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Memetik laporan BH Online, seramai 22 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan.

Penerima lain, termasuk Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Puan Sri Rohani Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zuki Ali; Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr S Jeyaindran.

Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Datuk Ahmad Husni Hussain; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki; Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan Projek Awam (PPEU), JPM, Datuk Nazirruddin Abd Rahman; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd; Ketua Polis Ketua Lumpur, Datuk Mazlan Lazim; Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Datuk Dr Chai Kee Kan.

Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid; Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Rotol Group of Companies, Datuk Chua Kah Seng; Pengarah Urusan Maxim Holdings Sdn Bhd, Datuk Gan Seong Liam; Datuk Lim Ah Nge dari Malaysia Lim Chamber Of Commerce dan Datuk Rahim Ismail dari Repsol Oil & Gas Malaysia Limited.

Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Kamaruddin Ambok; Pengerusi Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look serta Pengasas dan Pengarah Urusan Platinum, Victory Development Sdn Bhd, Datuk Gan Yu Chai.

69 terima anugerah PMW

Sementara itu, 69 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, termasuk Setiausaha Bahagian (Bahagian Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Muhammad Azmi Mohd Zain; Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Ashhar Khalid; Akauntan Negara, Saat Esa.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Datuk Md Arif Mahmood; Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dan Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.

Timbalan Ketua Pengarah I, Bahagian Penyelidikan JPM, Khairul Shahril Idrus; Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Komoditi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zurinah Pawanteh; Pengarah Kanan Perancangan Strategik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Khoo Boo Seng.

Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pengkomersialan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kua Abun; Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan; Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Shahar Effendi Abdullah Azizi.

Yang turut menerima PMW ialah Tokoh Agama dan Pendakwah Bebas, Norhafizah Musa; Konduktor dan Guru Vokal, Syafinaz Selamat; Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, Mustafa Fuzer Nawi; Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Onn Hafiz Ghazi; EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Labuan, Abdul Rahman Lamudin.

Seramai 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 71 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 74 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 94 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Iktiraf sumbangan

Dua orang kurang upaya (OKU) turut diberi penghargaan, iaitu Silatul Rahim Dahman yang dikurnia KMW dan Ong Shin Ruenn menerima pingat PPW, masing-masing mewakili Yayasan Orang Buta Malaysia dan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia.

Yang turut menerima AMW ialah Ketua Biro Harian Metro Putrajaya, Hayati Ibrahim dan Penolong Ketua Biro Kosmo Putrajaya, Junhairi Alyasa.

Dua lagi petugas media di Putrajaya menerima PPW, iaitu jurufoto NSTP, Mohd Fadli Hamzah dan jurufoto Makkal Osai, V Raman Kutty, selain Setiausaha Akhbar kepada Menteri Belia dan Sukan, Regina Lee.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");