Isu Panas

Adun Gunung Semanggol Sudah Boleh Gerakkan Tangan, Kaki

IPOH – Keadaan kesihatan Adun Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan menunjukkan perkembangan positif apabila sudah mampu menggerakkan tangan dan kaki, semalam.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, meskipun begitu, beliau masih diletakkan di bawah pemantauan pakar kerana dikhuatiri tekanan darah tinggi naik semula.

“Beliau masih perlukan rehat secukupnya, doktor nasihatkan mereka yang datang ziarah untuk tidak mengajaknya berbual, dibimbangi pergerakan banyak membuatkan tekanan darah naik semula,” katanya memetik sumber Sinar Harian, hari ini.

Razman berkata, sebaik sedar dari koma, semalam Setiausaha Pas Perak itu sudah mampu menggerakkan anggota badan.

“Bila disapa ada respon, beliau akan buka mata dan ada ketikanya gerakkan tangan dan kaki,” katanya.

Pada Selasa lalu, wakil rakyat Pas berusia 41 tahun itu dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas ditemui rebah dalam bilik mandi kediamannya di Kampung Tebuk Panchur, Gunung Semanggol.

Beliau yang disahkan mengidap strok berdarah kemudiannya selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di kepala.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");