Berita Hari Ini

Ahli Parlimen Paya Besar Meninggal Dunia

KUANTAN – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Adik arwah, Datuk Seri Muhammad Safian mengesahkan perkara itu.

Muhammad Safian berkata, dimaklumkan Abdul Manan jatuh di dalam bilik air ketika mahu mengambil air sembahyang untuk solat Maghrib.

“Jenazah masih di Kuala Lumpur dan saya berurusan dengan ahli keluarga sama ada arwah akan di bawa ke sini (Kuantan) atau tidak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Abdul Manan juga merupakan Ketua Umno Bahagian Paya Besar.

Jenazah Allahyarham Abdul Manan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati sebelum Zohor esok.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");