Perak Hari Ini

Alu-Alukan Kehadiran Parti Politik Ke Tambun

IPOH:”Mana-mana parti politik yang ingin datang ke kawasan Tambun adalah dialu-alukan.. I welcome them,” kata Pemangku Ketua Umno Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Katanya,penyertaan banyak parti politik membuktikan proses demokrasi negara adalah subur, malah menerusi perlembagaan Negara juga sentiasa membenarkan mana-mana parti politik untuk mengambil bahagian.

“Kita sebagai parti memerintah terus melaksanakan kerja kita hadir memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan rakyat diluar sana boleh menilainya sendiri.

“Sekiranya individu yang memilih untuk berpolitik tetapi takut cabaran lebih baik dia berhenti politik, apabila kita memegang jawatan kita perlu melaksanakan yang terbaik dan serah kepada masyarakat untuk menilai kita kerana tidak membuat janji yang tidak dapat kita tepati,”katanya kepada media selepas menghadiri majlis Pelancaran Projek Pemeriksaan Mata untuk pelajar-pelajar sekolah Negeri Perak anjuran Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Saga Insan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Lions Club District 308-b2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tanjong Rambutan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pihaknya akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat dalam kapasiti Barisan Nasional (BN) dan sekiranya ada parti politik lain yang datang menjanjikan apa sahaja yang mereka boleh janjikan penilaian diserahkan kepada rakyat.

“Kami tak perlu takut pada cabaran daripada mana-mana parti politik mereka welcome them menyertai proses demokrasi,” katanya.

Mengulas sama ada beliau merasai sebarang tekanan apabila perlu mengurus kepimpinan BN Tambun juga melibatkan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Mohamed Hanadzlah katanya, semua pihak melalui proses yang sama dilalui Ahli Parlimen itu untuk menaiki tangga kepimpinan.

“Tiap pemimpin mempunyai cara masing-masing tetapi pastinya satu isu untuk dihadapi pada orang yang pernah menjawat jawatan menteri tetapi dalam masa yang sama beliau bermula seperti saya kenapa perlu saya risau kerana semua orang melalui proses yang sama untuk menaiki tangga kepimpinan lebih merupakan cabaran cuba untuk menjadi terbaik dan lebih baik,” katanya

“Kita serah pucuk pimpinan lebih bijak untuk menilai kerana kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin dan masyarakat meletakkan harapan yang tinggi mengenainya,” katanya.

Jelasnya BN Tambun merupakan parti yang berteraskan kepada perkhidmatan dan sama sekali tidak membina politik kebencian sebaliknya menerapkan politik berkasih sayang.

“Contohnya gerakan undi rosak terjadi apabila ada pihak yang sudah muak dengan politik kebencian memenangi pilihanraya untuk memberikan perkhidmatan terbaik pada masyrakat

“Jadi kita tumpu dan fokus memberi perkhidmatan dan tidak menumpukan kepada politik kebencian dan memburukkan orang lain, saya fokus bawa politik berkasih sayang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");