Membawang Hari Ini

Alyah Mahu Cuba Jalani Rawatan Kesuburan

Penyanyi Datin Alyah mengakui ada merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) sebagai salah satu ikhtiarnya untuk mendapatkan cahaya mata.

Lapor Sinar Harian, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu berkata dia pernah mengambil inisiatif dengan membuat rujukan ke beberapa pusat perubatan yang mengendalikan kaedah kesuburan berkenaan.

“Bila bercakap soal anak, siapa yang tak mahu cahaya mata. Malah sebelum Datuk Siti lakukan kaedah berkenaan, saya sudah tanya beberapa pusat perubatan juga.

“Cuma mungkin disebabkan rutih harian misalnya tekanan dalam kerja dan gaya hidup menyebabkan saya sukar untuk hamil. Jadi memang saya pernah ada tanya kaedah tersebut.

“Saya difahamkan, kalau mahu lakukan kaedah tersebut, saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan pertama kandungan kalau ada rezeki. Malah tidak boleh langsung pakai kasut tumit tinggi.

“Buat masa ini biarlah saya selesaikan dahulu jadual seni sedia ada. Perlukan rehat yang cukup kalau nak buat IVF,” katanya.

Alyah mendirikan rumah tangga dengan pengarah muzik Datuk Ramli M.S sejak lima tahun lalu.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");