Isu Panas

AMANAH Nak Saman PAS

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kerana menuduh parti itu bekerjasama dengan UMNO, untuk menjatuhkan PAS pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, berkata setakat ini peguam parti di peringkat negeri dan pusat sedang meneliti perkara berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Peguam sedang meneliti kandungan ucapan ceramah Datuk Mohd Amar berhubung dakwaan kerjasama PAN-UMNO.

“Berdasarkan penelitian dibuat, Mohd Amar tidak menamakan individu tertentu menerusi dakwaan dibuat itu, sebaliknya hanya menyebut atas nama parti.

“Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lanjut perkara ini dan menyerahkan kepada peguam parti untuk tindakan selanjutnya,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS AMANAH dan UMNO berpakat menjatuhkan parti itu di Kelantan pada PRU-14.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang menyifatkan tidak berasas dan sering ditimbulkan pihak pembangkang menjelang PRU.

Katanya, mereka mencipta pelbagai spekulasi bagi melemahkan UMNO dan meyakinkan pengundi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");