Perak Hari Ini

Anak Perak Diberi Ruang Seluasnya Untuk Kegiatan Seni, Kebudayaan -MB Perak

IPOH:Perak sentiasa memberikan ruang seluas-luasnya kepada kegiatan kesenian dan kebudayaan untuk semua anak Perak berkarya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setiap pandangan, hujahan dan cadangan yang diberikan untuk Perak dalam usaha menjadikan negeri yang berbudaya serta mempunyai kegiatan kesenian atau ‘art culture’ tersendiri sentiasa diterima pihaknya.

“Saya mempunyai keyakinan yang besar dan rasa berbangga mendengar pandangan hujahan dan cadangan yang diberikan untuk Perak sebagai negeri yang berbudaya , mempunyai kegiatan kesenian tersendiri.

“Suara saya dengar tadi beri keyakinan kepada saya bahawa insyallah suatu hari ini Perak akan muncul sebagai negeri yang berasaskan kegiatan budaya dan kesenian yang terkenal bukan hanya di peringkat kebangsaan tetapi rantau ini dan antarabangsa,” katanya semasa sesi Bicara Seni Memartabatkan Seni Sebagai Budaya Industri di Audotorium RTM Perak hari ini.

Beliau terdahulu selaku salah seorang panel pada sesi bicara itu turut menjawab pelbagai soalan dan cadangan berkaitan seni di negeri ini yang diajukan oleh para tetamu yang hadir.

Sesi Bicara seni turut disertai bersama tiga panel lain iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Presiden Eksekutif & group Ceo Kumpulan Syarikat KRU,Datuk Norman Abdul Halim serta Shakila Ismail pengacara TV9 selaku moderator.

Terdahulu turut berlangsung sesi wacan seni yang dihadiri oleh Datuk Lat, pak Ya atau Illya Buang Senario, Ibrahim Don dan Mohd Jayzuan bersempena program permukiman Menteri Besar dI Daerah Kinta.

Jelas beliau, dahulu pihaknya tidak pernah terfikir bahawa mampu menganjurkan program seni pada peringkat antarabangsa seperti program puisi dan lagu rakyat PULARA tetapi ia telah dibuktikan bahawa ia berjaya dilaksanakan dan mendapat pengiktirafan.

“Yakin kita boleh buat lakukan cadangan tentang ruang dan peluang turut diberi perhatian namun paling penting anda mempunyai sebuah negeri milik kita semua iaitu negeri Perak yang merupakan negeri yang memberi ruang seluas-luasnya ruang kepada kegiatan kesenian dan kebudayaan untuk semua anak perak kerana saya mempunyai keyakinan yang besar tentangnya.

“Melihat wajah anak Perak kita yakin anak perak mempunyai satu potensi sangat tinggi nilainya yang melihat seni itu bukan hanya konteks seni lukisan tetapi erti kata sangat luas, konsep kreativiti,inovasi istilah yang kita panggil seninya.

“Ia berkaitan teknikal dan kemampuan dalam potensi yang ada kita zahirkan dan menjadikan kita manusia berjaya serta paling penting tanam semangat dalam diri aku ingin berjaya,” katanya pada sesi pengulungan sesi bicara seni itu.

Katanya selaku kerajaan pelbagai ruang di negeri ini untuk bakat muda bergerak bebas.

Zambry turut menzahirkan impiannya untuk melihat sebuah balai seni lukis di negeri ini dapat direalisasikan selain pembinaan dewan teater yang hebat untuk kegiatan seni di Perak terus berkembang.

“Cadangan balai seni lukis kenapa tiada di Perak? Adalah satu manifestasi ‘high cultural’ diharap dapat kita lahirkan.

“Kita mahukan sebuah balai seni lukis negeri Perak kenapa kita tak ada di negeri ini begitu juga dewan teater yang hebat satu hari nanti bagi memastikan kegiatan seni tinggi nilainya bakal lahir di Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");