Membawang Hari Ini

Anak Selamatkan Fatin Afeefa

KUALA LUMPUR: Pelakon drama Kekasih Paksa Rela, Fatin Afeefa, 24, mengakui pernah terdetik untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri kerana tertekan apabila dilempar pelbagai fitnah.

Dikaitkan pelbagai isu kontroversi, termasuk dikatakan kaki mabuk dan mengambil barang terlarang, Fatin berkata dia serta keluarganya menanggung malu apabila namanya terpalit cerita yang menjatuhkan air muka.

“Pernah beberapa kali niat jahat yang sebenarnya mampu memudaratkan diri terlintas di fikiran, namun mujur saya cepat sedar. Alhamdulillah, iman saya masih kuat.

“Menatap wajah dua anak kecil, Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia, 3, yang masih memerlukan perhatian, membuatkan saya berfikir semula.

“Tiada guna saya terlalu mengikut perasaan, sedangkan orang lain gembira melihat hidup saya musnah,” katanya yang dikatakan turut terpalit dalam isu foto panas aksi seorang wanita sedang bercium dengan teman lelaki, seperti yang tersebar, baru-baru ini.

Bakat yang mula mencipta nama menerusi filem Tentang Bulan ini turut mendakwa, kehidupannya tidak lagi tenang sejak berpisah pada Mei lalu apabila berterusan diganggu oleh bekas suaminya, pelakon Adam Shahz.

Fatin berkata, dia sudah melangkah daripada kehidupan silam mereka, malah pintu hatinya juga tertutup untuk kembali ke pangkuan lelaki itu.

“Sudah lapan bulan kami bercerai, tetapi mengapa dia masih tidak dapat menerima kenyataan? Saya mohon kepadanya, jangan cari saya lagi. Saya tidak sanggup untuk kembali hidup bersamanya.

“Selama ini, saya banyak bertolak ansur. Jika dia dalam kesusahan, saya sanggup membantu. Salahkah saya mencari kebahagiaan sendiri? Mengapa dia masih mahu mengganggu hidup saya?” katanya kesal.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");