Perak Hari Ini

Angka Kes Kemalangan Maut Di Tempat Kerja Meningkat

IPOH: Kes maut akibat kemalangan di tempat kerja di Perak menunjukkan trend peningkatkan dimana industri kuari adalah salah satu penyumbang utama.

Pengarah Jabtan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir Mohd Hatta Zakaria berkata sebanyak 16 kes dicatatkan tahun lalu dan daripada jumlah itu, 2 kes sektor kuari dan salah satunya berpunca daripada kemalangan renjatan elektrik.

Katanya, kadar itu jauh lebih tinggi berbanding pada tahun 2016 dimana daripada 13 kes maut, hanya 1 yang dicatatkan daripada industri berkenaan.

 

Untuk tahun 2015 pula, daripada 12 kes maut, tidak ada sebarang rekod penyumbang angka daripada sektor ini dicatatkan.

“Bagi kes hilang upaya kekal, terdapat penurunan daripada tahun 2016 ke 2017 iaitu 25 kes ke 20 kes.

“Namun tidak ada sebarang kes direkodkan bagi industri kuari di negeri ini,” katanya.

Menurut beliau, salah satu faktor penyumbang terhadap kemalangan di tempat kerja ialah keadaan tempat kerja yang tinggi dan pendedahan kepada penggunaan mesin.

Menyentuh tentang statistik audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) industri kuari jelas beliau lagi, daripada 32 kawasan pemeriksaan dijalankan, 15 berada di gred D, 7 gred C, 8 gred B, dan sifar di gred A.

 

“Pada tahun ini, saya harap para majikan dapat menyahut cabaran agar dapat mencapai gred A ataupun, daripada 80 peratus tempat yang kita lawati bagi tahun ini, harus mencapai sekurang-kurangnya gred C dan keatas,” katanya ketika berucap bagi merasmikan Taklimat Keselamatan Elektrik Bagi Pengusaha-Pengusaha Kuari Negeri di Wisma Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ulu Kinta, dekat sini, pada Isnin.

Selain itu, dalam sidang media selepas pelancaran majlis, Mohd Hatta berkata selaras dengan Pelan Induk Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2016-2020 (OSH MP 2020) JKKP sentiasa berusaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan para pekerja khususnya bagi industri kuari ini.

“Selain program taklimat dan turun padang seperti ini, kita ada membuka ‘Dosh Care’ yang mana ianya sesi perkongsian maklumat dan taklimat secara percuma khusus kepada majikan.

“Ianya diadakan setiap Selasa, pada minggu ketiga (di bangunan JKKP Negeri),” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");