Berita Hari Ini

Apa Motif Tuntut RCI Untuk Memali?

KUALA LUMPUR: Pihak yang bertanggungjawab menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) menyiasat isu Memali perlu mengemukakan dokumen cadangan yang konkrit kepada kerajaan, kata penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain.

Beliau berkata, jika motif isu berpuluh-puluh tahun itu disiasat kembali menyimpang daripada tujuan untuk menegakkan keadilan mangsa dan waris sebaliknya hanya demi kepentingan politik maka ia tidak wajar untuk diteruskan.

Apa motif tuntut RCI untuk Memali?“Bergantung kepada apa tujuan sebenarnya mesti ada tujuan kalau nak menjatuhkan burukkan prestasi politik tidak sesuai.

“Apa motif sebenar pihak yang menuntu supaya dibuat RCI kena buat cadangan bentangkan jangan cakap begitu sahaja kena terperinci apa motif dan matlamat jadi dapat meyakinkan jadi dapat kerajaan pertimbangkan.

“Dari segi politik nak menjatuhkan rejim Tun Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri) supaya di mata rakyat Tun M akan dituduh terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai,” katanya menerusi laporan Malaysia Gazette semalam.

Baru-baru ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sebagai berkata menggesa agar RCI Memali segera ditubuhkan bagi merungkai kebenaran dalam trgedi berdarah itu.

Malah, Hadi yang dituduh sesetengah pihak menjadi punca kepada kejadian tersebut turut bersedia untuk memberi keterangan sekiranya kes itu disiasat semula.

Selain Hadi, lebih kurang 20 ahli parti itu juga pada 16 Febuari yang lalu membuat demonstrasi aman bagi tujuan yang sama.

Atory yang mengulas lanjut mengenai permintaan Hadi menyifatkan isu itu sudah terlalu lama untuk dibangkitkan semula dalam masa yang sama bimbang siasatan akan menemui jalan buntu.

“Isu ini pun sudah terlalu lama, saya ingat lagi sewaktu kejadian pun saya masih muda, jangan nanti siasatan itu tidak dapat selesai, takut membuang masa sahaja,” tambah pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");