Sukan Hari Ini

Apek Tidak Rela Kalah Jumpa Melaka United

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, mengakui kepentingan mendapatkan mata pertama dalam aksi pembukaan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam esok.

Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek berkata The Red Warriors (TRW) perlu turun dengan semangat juang tinggi untuk mendapatkan mata semangat sebagai suntikan terbaik mengharungi musim yang cukup mencabar ini.

“Biasanya dalam aksi pertama, kedua-dua pasukan akan lebih berhati-hati dan cuba mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan yang boleh merugikan pasukan.

“Kami (TRW) akan turun dengan misi mendapatkan satu atau tiga mata apabila berdepan Melaka United di gelanggang lawan,” katanya, menerusi laporan Stadium Astro.

Ditanya mengenai kemenangan 3-1 yang dilakar Kelantan dalam aksi terakhir saingan Liga Super musim lalu boleh menjadi tonik terbaik mencari kemenangan pertama, Apek menggangap ia sudah menjadi sejarah dan Kelantan perlu lebih fokus dan beraksi mengikut taktikal jurulatih.

“Walaupun kami pernah menang 3-1 dalam aksi terakhir Liga Super musim lepas, namun pertemuan malam esok cukup berbeza kerana skuad Eduardo Almeida pasti ingin membalas dendam dan memulakan kempen musim ini dengan menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia mereka,” katanya.

Apek yang juga bekas penjaga gol kebangsaan, bagaimanapun, menyerahkan nasibnya kepada ketua jurulatih, Sathit Bensoh, untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama apabila masih belum sembuh sepenuhnya daripada demam.

“Saya semakin sembuh (daripada demam) tetapi terserah kepada ketua jurulatih (Sathit Bensoh) untuk membuat penilaian terakhir,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");