Isu Panas

Azmin Ego – Abbas

SHAH ALAM: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor menempelak sikap ego Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi, berkata sikap Mohamed Azmin yang juga Pengerusi pakatan harapan Selangor itu hanya mengeruhkan lagi keadaan dalam kalangan parti komponen.

“Beliau (Mohamed Azmin) tidak perlu berselindung. Beliau bercakap agihan kerusi selalu dibincangkan, hakikatnya perkara ini belum dimulakan lagi.

“Namun, jika benar jawatankuasa pakatan sudah bermesyuarat membincangkan agihan kerusi sebanyak empat kali, pihak kami meminta beliau menyatakan bila dan di mana mesyuarat ini berlangsung.

“Setahu kami kalau ada mesyuarat dalam kalangan pemimpin PH pun, ia hanyalah mengenai gerak kerja menjelang PRU-14,” katanya memetik laporan BH hari ini.

Dalam pada itu, Abbas turut menggesa Mohamed Azmin menarik semula kenyataan apabila menuduh Amanah sebagai parti penipu dan pembohong.

“Tuduhan terhadap PAN ini amat berat serta tidak boleh diterima sama sekali. Janganlan keluarkan kenyataan sedemikian,” katanya

Sebelum ini, Pengerusi PAN Selangor, Ir Izham Hashim berkata, PKR Selangor diminta akur dengan arahan PH untuk diwujudkan sebuah jawatankuasa khas membincangkan agihan kerusi DUN.

Izham berkata, jawatankuasa itu perlu diwujudkan berikutan agihan semua kerusi itu perlu dimuktamadkan segera pada 7 Februari ini susulan keputusan pada peringkat Majlis Presiden.

Berikutan itu, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menempelak PAN serta menyifatkannya sebagai parti penipu serta tidak amanah apabila cuba memutar belit isu pembahagian kerusi DUN Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");