Membawang Hari Ini

Azreen, Penyanyi Yang Pernah Jadi Fenomena Kini Berisiko Untuk Dibedah

PETALING JAYA: Penyanyi Azreen Manan yang menjadi fenomena pada awal 1990-an menghidap kanser serviks tahap empat dan kini ditempatkan di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Ibunya, Zawanai Ahmad Affandi, 63, berkata, selain penyakit itu, Azreen turut berhadapan masalah komplikasi buah pinggang dan usus tersumbat.

“Dia menghidap penyakit itu sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

“Kami sangka penyakit itu sudah tiada sebab doktor kata semua ketumbuhan sudah dibuang sehinggalah tiga bulan lalu dia mengadu sakit kaki.

“Selepas lakukan imbasan MRI doktor beritahu terdapat lebih enam ketumbuhan di sekitar kawasan tersebut,” ujarnya menerusi laporan mStar Online.

Zawanai berkata, keadaan kesihatan anaknya yang semakin merosot menyebabkan dia tidak boleh menjalani pembedahan.

Tambahnya, Azreen atau nama sebenar Azrina Abdul Manan, 41, hanya menjalani rawatan kemoterapi buat masa ini.

“Dia tidak boleh dibedah kerana situasinya terlalu kritikal dan berisiko untuk menjadi lebih teruk. Sekarang ini pun dia sudah empat hari tidak buang air besar dan hanya muntah-muntah.

“Dia terpaksa ulang alik ke hospital untuk buat kemoterapi,” ujarnya.

Zawanai berkata, pihaknya ada merancang untuk mendapatkan rawatan alternatif di sebuah hospital swasta, namun memerlukan kos yang terlalu tinggi.

Dia juga berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan Azreen supaya diberi kesembuhan oleh Allah.

Untuk rekod, pada zaman popularnya Azreen pernah menggejutkan dunia hiburan apabila dia memilih untuk berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamaruzzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.

Ketika itu Azreen baru berusia 16 tahun.

Album pertamanya dihasilkan pada tahun 1989 ketika berusia 12 tahun. Antara karya yang menaikkan namanya ialah menerusi lagu Semalam Yang Berlalu.

Azreen pernah mendapat tempat ketiga semasa mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992 di Jepun yang mana dalam acara itu, Indonesia, diwakili Krisdayanti mendapat tempat pertama.

Antara filem lakonannya ialah Azizah The Lagend (1993).

Hasil perkahwinan Azreen dengan Tengku Intan, mereka mendapat anak yang kini berusia 21 tahun dan 17 tahun.

Selepas berpisah dengan Tengku Intan, Azreen berkahwin lain namun jodoh bagi perkahwinan kedua itu juga tidak berpanjangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");