Sukan Hari Ini

Badminton Berpasukan Asia: Skuad Wanita Mula Langkah Kanan

ALOR SETAR: Skuad badminton wanita negara bermula cemerlang apabila menang 4-1 dalam aksi pertama menentang Vietnam pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 (BATC) hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, Soniia Cheah mengejutkan pemain berpengalaman Vu Thi Trang 21-15, 21-17 untuk mata pertama negara.

Memetik laporan Bernama, turun selaku perseorangan kedua, Goh Jin Wei menambah mata kedua selepas menundukkan Nguyen Thuy Linh 21-11, 21-15 manakala S.Kisona mengukuhkan lagi kedudukan skuad wanita negara dengan mata ketiga selepas mengalahkan Dinh Thi Phuong Hong 21-17, 21-18.

Gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei bagaimanapun terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada Vietnam selepas Khe Wei mengalami kecederaan lutut ketika terikat 10-10 di set pertama.

Chow Mei Kuan yang baharu digandingkan dengan Goh Yea Ching tidak menghadapi masalah melengkapkan kemenangan skuad negara apabila menundukkan Dinh Thi Phuong Hong-Do Thi Hoai 21-7, 21-18.

Malaysia akan berdepan skuad Filipina pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Malaysia diundi dalam kumpulan Y bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");