Perak Hari Ini

Bangkit Isu Telah Dijawab, Pembangkang Jelas Ketandusan Idea: Zahir

KAMUNTING: Kerana ketandusan idea, pihak pembangkang dilihat kembali membangkitkan isu-isu lama kepada umum sebagai ‘modal’ dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, segala tuduhan yang dilontarkan pembangkang pada sidang media semalam telah pun dijawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.

Malah jelasnya, ia tidak lain hanyalah sebagai suatu niat jahat dalam menghasut dan terus membohongi rakyat supaya membenci pihak kerjaan.

“Mereka terdesak dan terpaksa mengulangi tomahan serta tuduhan lapok yang telah pun dijawab bersama-sama bukti yang jelas bahawa, mereka bukan sahaja menipu dan berbohong di pentas-pentas ceramah politik malah turut berbohong dan memanipulasi isu dalam Dewan Negeri ketika ia bersidang.

“Mungkin mereka tidak faham ketika saya menjawab pada siang DUN (tempoh hari), kerana mereka ditutup oleh rasa benci yang cuba ditanamkan dalam hati,” katanya.

 

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting berkata, pembangkang juga dilihat cuba menanipulasi fakta dan undang-undang dengan menuduh kononya mereka dianiaya oleh agensi keselamatan negara.

“Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah membuat laporan polis pada 28 November lalu berikutan terdapat kes ‘misplaced document’ dan beberapa maklumat syarikat yang tersebar kepada khalayak yang mana sepatutnya tidak boleh berbuat demikian.

“Kita percaya polis cukup profesional dalam menjalankan tugas mereka dan kami sendiri tidak tahu siapa yang dipanggil untuk siasatan sehinggalah berlakunya sidang media pembangkang semalam.

“Mereka dipanggil pun hanya sebagai saksi untuk mengumpul maklumat dan bukti. Bukan sebagai suspek atau sebagainya,” jelasnya kepada media ketika ditemui di pusat khidmatnya di sini, hari ini.

Ujarnya, tindakan pembangkang yang menuduh polis sebagai agen sesetangah pihak ialah hanya sebagai niat jahat mahu memburukkan institusi tersebut yang selama ini menjadi tunjang kepada keamanan negara.

Pada masa sama, Zahir berkata kepatuhan dan ketaatan terhadap undang-undang negara adalah formula bagaimana Barisan Nasional (BN) dapat bertahan dalam menerajui negeri ini.

“Sebab itu kita boleh memerintah lama, kerana kita faham prosedur, kita faham adab dan tatasusila.

“Dah sebab itu juga mengapa ada pihak yang hanya mampu bertahan selama 11 bulan kerana dia tidak faham prosedur memerintah, undang-undang memerintah serta adab dalam memerintah sesebuah kerajaan,” jelasnya.

Semalam Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa polis pihak telah mencampuri urusannya sebagai wakil rakyat berkaitan dakwaannya yang menuduh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memilik sebuah kereta Audi Q7.

Sebagaimana yang telah dijawab pada sesi Sidang DUN yang lalu, Zahir berkata kereta tersebut merupakan milik serta hanya untuk kegunaan PKNP dan bukanya milik eksklusif pihak-pihak tertentu.

Pada perkembangan sama, menyentuh tentang sama ada beliau kekal di DUN Kamunting ataupun tidak pada PRU14 nanti, Zahir berkata dirinya bersedia untuk menerima serta akur terhadap segala keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");