Perak Hari Ini

Bantahan PEKA Terhadap Pembinaan Mini Hidro Ulu Geruntum Bakal Diteliti

BATU GAJAH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini memberi maklum balas terhadap bantahan Projek Pembinaan Mini Hidro di Kampung Ulu Geruntum, Gopeng yang didakwa bakal memberi kesan kepada kehidupan orang asli dan juga ekosistem kawasan hijau di situ.

Menurut beliau, perkara itu sudahpun sampai kepada pihaknya dan telahpun meminta perhatian daripada beberapa EXCO kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi untuk meneliti semula laporan yang dibuat.

Ujarnya, kerajaan negeri juga bakal mengambil pandangan daripada semua pihak sama ada pihak pelaksana mahupun masyarakat tempatan.

Walau bagaimanapun jelasnya, pemilihan sesuatu kawasan bagi pembinaan mini hidro ini telahpun dikaji sekian lama sebelum dilaksanakan.

“Isu pembinaan projek ini berkait rapat dengan isu penjanaan kuasa yang selaras dengan Protokol Kyoto dan pembangunan mampan yang mana ianya juga mahu mengurangkan kebergantungan sumber-sumber (bahan bakar) yang boleh mencemarkan alam sekitar seperti arang batu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Mesyurat EXCO Kerajaan Negeri dan Taklimat Pembangunan Daerah Kinta di Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, dekat sini, pada Rabu.

Semalam, Presiden Pertubuhan Pelindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, menerusi satu kenyataan yang dialamatkan kepada Pejabat Menteri Besar menyatakan bantahan kepada projek tersebut.

Katanya projek mini hidro ini telah menganggu kawasan masyarakat Orang Asli selain mendakwa ia bakal menjejaskan aktivi eko pelancongan di Sungai Kampar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");