Jenayah

Bapa Hempas Anak Ke Lantai Kerana Menangis

SUNGAI PETANI: Hanya kerana anaknya yang berusia dua tahun tidak berhenti menangis, seorang lelaki tergamak memukul dan menghempas mangsa ke lantai rumah mereka dekat Taman Seri Semeling, Bedong, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, ibu mangsa berusia 35 tahun sedang berada di dalam bilik tidur kerana tidak sihat, sementara suspek berusia 29 tahun bersama anak lelakinya berada di ruang tamu rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, berkata mangsa ketika itu tidak berhenti menangis, menyebabkan suspek berasa tidak selesa sebelum terus memarahi dan memukulnya.

Beliau berkata, suspek juga bertindak menghempas mangsa ke lantai menyebabkan kanak-kanak itu mengalami luka di hidung, mulut dan kepala, selain lebam di dagu.

“Ketika kejadian ibu mangsa yang berada di dalam bilik tidur menyaksikan kejadian terbabit kerana pintu bilik berkenaan yang terletak berhadapan ruang tamu terbuka.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Bedong untuk tindakan selanjutnya,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Saifi berkata, siasatan mendapati wanita terbabit berkahwin dengan suspek selama tiga tahun yang juga perkahwinan keduanya dan memiliki dua orang anak.

“Bertindak atas maklumat itu, kita kemudian menahan suspek semalam dan direman empat hari bermula hari ini.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (a) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");