Membawang Hari Ini

Bapa Tak Izin Zahirah Bercinta Dengan Zul Ariffin

Biarpun sebelum ini pelakon Zainol Mac Wilson pernah membuat kenyataan tidak mahu anaknya, Zahirah terbabit dengan cinta lokasi dengan mana-mana lelaki termasuk Zul Ariffin, itu tidak bermakna dia memusuhi aktor terbabit.

Memetik laporan Sinar Harian, Zainol menegaskan dia tidak pernah mempunyai masalah dengan Zul bagaimanapun mengakui kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu dalam sebuah program hiburan baru-baru ini yang meminta dirinya agar bersikap lebih matang.

“Usia saya kini dah nak masuk 60 tahun, malah sudah berkahwin dua kali dan mempunyai empat orang anak yang sedang membesar. Saya rasa dah cukup matang tentang kehidupan.

“Jadi apakah kematangan yang dia maksudkan dengan kenyataan tersebut?

“Saya tak nak bermusuh dengan dia, malah tidak halang dia untuk berkawan dengan anak saya tapi cukup sekadar berkawan sahaja dan tidak perlu lebih daripada itu,” tegas Zainol.

Sebagai bapa, dia juga telah beberapa kali menasihati dan mengingatkan Zahirah agar hanya menumpukan perhatian pada kerjaya seni kerana tidak mahu fokus anaknya terganggu dengan kisah cinta.

“Saya memang ada hak untuk menegur dan menasihati anak saya. Walaupun Zahirah sudah berusia 23 tahun, tapi saya masih ayah dia, masih lagi wujud.

“Saya juga pernah berterus-terang dengan Zahirah, saya tak ada masalah kalau dia berkawan dengan Zul, tetapi jika sebaliknya (bercinta), dan saya masih hidup, saya takkan restu,” tegasnya.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");