Sukan Hari Ini

Barca Belum Pasti Rehatkan Messi, Suarez

PENGURUS Barcelona, Ernesto Valverde, membayangkan Lionel Messi dan Luis Suarez akan direhat menentang Girona dalam perlawanan LaLiga awal pagi esok.

Pertemuan sesama kelab Catalan di Camp Nou itu merupakan aksi pertama daripada tiga perlawanan dalam tempoh lapan hari yang perlu dihadapi pendahulu liga berkenaan disusuli perjalanan ke Las Palmas serta aksi getir dengan Atletico Madrid, minggu depan.

Dengan kunjungan Girona hadir selepas empat hari mereka mengharungi kempen Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Chelsea di Stamford Bridge, Valverde bercadang untuk merombak barisan pemainnya.

Menurut laporan Stadium Astro, apabila ditanya sama ada dia akan merehatkan Messi dan Suarez, dia memberitahu sidang akhbar: “Ini satu kemungkinan tetapi saya tidak akan mendedahkannya.”

Bagaimanapun, Valverde mengesahkan Ousmane Dembele bersedia untuk memberi impak selepas menghabiskan dua perlawanan terakhir di bangku simpanan.

“Kami harap dia bersedia,” katanya mengenai pemain sayap Perancis itu. “Itulah sebabnya dia dipanggil.

“Ia bergantung kepada jurulatih dan juga bagaimana permainan berjalan.”

Valverde tidak berniat untuk membuat perubahan besar di sebalik prestasi goyah kebelakangan ini– mencatat tiga seri dalam lima perlawanan terakhir.

“Saya tidak fikir kami mengalami kemerosotan,” menurutnya lagi. “Memang benar keputusan seri dengan (Deportivo) Alaves dan Getafe di tempat sendiri menjejaskan kami, namun kami tampil sangat baik dalam Copa del Rey.

“Kami melakukan dengan baik, kami sedar bahawa kami dalam proses mengharungi perlawanan lebih sukar daripada sebelum ini.

“Saya tidak akan memberikan sebarang petunjuk kepada Girona. Mereka meletakkan seorang pemain untuk merantai Messi dalam perlawanan lalu dan saya tidak fikir ia mengubah banyak personaliti mereka.

“Mereka adalah pasukan yang cukup saya kenali, saya menonton aksi mereka menentang Sevilla dan Athletic (Bilbao) … mereka mempunyai semangat, mereka memberi tekanan di bahagian hadapan dan cuba menakut-nakutkan anda.

“Saya tidak akan mengubah perancangan saya secara berlebihan untuk bertemu Girona memandang mereka sebuah pasukan yang mahu menang, yang tidak akan berdiam diri dan dapat akan mengasak anda kerana mereka mempunyai ramai pemain yang bagus untuk melancarkan serangan balas.

“Dalam seminggu ini, kami akan turun dalam tiga perlawanan tetapi kami tidak memberi tumpuan kepada Atletico kerana kami ingin melebarkan jurang disebabkan dua perlawanan sebelum ini. Jadi kami fokus kepada perlawanan esok.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");