Sukan Hari Ini

Bonaventura Dakwa Milan Boleh Kejar Inter

GIACOMO Bonaventura yakin bahawa AC Milan boleh mengejar tempat keempat Inter selepas mereka mengharungi 10 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan dengan kemenangan 1-0 ke atas Sampdoria dalam Serie A di San Siro, awal pagi tadi.

Walaupun Ricardo Rodriguez mensia-siakan penalti pada minit ketujuh, usaha Bonaventura pada minit ke-13 sudah cukup buat skuad di tangga ketujuh itu menyamai mata Sampdoria di tangga keenam.

Penyudah Leonardo Bonucci juga dinafikan video bantuan pengadil (VAR) dalam kemenangan yang menyaksikan Milan menghimpiri Inter dengan tujuh mata di tangga keempat dan slot Liga Juara-Juara Eropah.

Liga Europa mungkin menjadi laluan terbaik untuk Milan kembali ke Liga Juara-Juara, dengan skuad Rossoneri itu memegang kelebihan 3-0 untuk menghadapi Ludogorets dalam aksi timbal balik pusingan 32 di San Siro, Sabtu ini.

Jadual itu dilalui lebih awal untuk menguji kelayakan jurulatih, Gennaro Gattuso, dengan Milan kemudian akan berdepan Roma bagi aksi liga, menghadapi Lazio dalam separuh akhir kedua Coppa Italia dan seterusnya menentang musuhnya, Inter.

Dan Bonaventura percaya tangga keempat adalah dalam jangkauan mereka.

Dia memberitahu Mediaset Premium: “Kami gembira, kami melakukan dengan baik dan mempunyai suasana yang baik dalam pasukan.

“Kami mesti terus seperti ini. Ia persembahan baik walaupun mungkin boleh menamatkannya lebih awal. Kami dalam prestasi baik dan keputusan hadir.

“Saya sangat gembira dengan jaringan itu tetapi seluruh pasukan menunjukkan keserasian. Kami adalah gabungan pasukan yang baik.

“Kami gembira seperti ini, kami boleh kejar Inter dalam carta walaupun kami tewas banyak perlawanan pada awalnya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");