Sukan Hari Ini

The Bos Gaurus Masih Ada Masa Untuk Baiki Kelemahan

JURULATIH Perak, Mehmet Durakovic, tetap optimis skuad The Bos Gaurus akan menemui sentuhan memandangkan perlawanan dalam liga masih lagi pada peringkat awal.

Menurutnya, masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan untuk mencapai kesempurnaan.

“Saya faham momentum pasukan sekarang. Empat perlawanan di tempat lawan sungguh memenatkan.

“Perlawanan terakhir bertemu Kelantan di Kota Baharu, saya andaikan nasib tidak menyebelahi pasukan apabila mendahului dua kali, namun tewas 3-2.

“Memang tidak mudah di sana (Kelantan) kerana mereka bermain bermatian-matian mahukan kemenangan,” katanya, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro, hari ini.

Kesan daripada itu, Durakovic berharap perlawanan lalu boleh dijadikan pengajaran dan mahu anak buahnya mengurangkan kesilapan ketika dalam permainan.

“Apa yang saya harapkan semangat juang pemain tidak luntur dan kali ini, saya mahu pasukan lebih bersiap sedia serta lebih fokus selagi wisel penamat tidak ditiupkan,” ujarnya.

Perak akan melayani kunjungan Sarawak dalam saingan Piala FA di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Sabtu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");