Jenayah

‘Budak Itu Baru 5 Tahun…’

AMPANG: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 200 tuduhan melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, yang ketika kejadian hanya berusia lima tahun.

Tertuduh, yang dibawa ke mahkamah kira-kira jam 10.45 pagi, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam memetik laporan Berita Harian.

Pihak pendakwaan mengambil masa lebih dua jam untuk membaca semua pertuduhan dan mahkamah menangguhkan sidang pada jam 12.45 tengah hari bagi memberi laluan kepada solat Jumaat. Mahkamah akan bersambung pada jam 2.30 petang.

Lelaki itu dijangka menghadapi 364 lagi pertuduhan sumbang mahram, sekali gus menjadikan keseluruhan pertuduhan sebanyak 564 kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");