Isu Panas

Bukan Najib Je, Mahathir Pun Masukkan Duit UMNO Dalam Akaun Peribadi Masa Jadi Presiden

Pada awal pendedahan Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki RM2.6 bilion didalam akaun peribadinya, pembangkang terutama Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu masih bersama UMNO mendakwa Perdana Menteri telah ‘songlap’ wang 1MDB.

Kata mereka, Najib mengalihkan dana 1MDB ke beberapa akaun luar persisir yang akhirnya masuk ke dalam akaun peribadinya, namun setelah sekian lama fitnah berterusan, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa RM2.6 bilion (USD700 juta) sebenarnya dana politik kepada kerajaan Malaysia bagi menentang fahaman IS/Daesh.

Dr Mahathir tetap berpendirian bahawa wang tersebut dicuri Najib dari 1MDB dan menambah Perdana Menteri tidak wajar memiliki duit sebanyak itu didalam akaun peribadinya.

Najib menegaskan, dana oleh kerajaan Arab Saudi digunakannya bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu bagi menghalang kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada waktu itu mempunyai hubungan erat dengan kumpulan ‘Muslim Brotherhood’ yang dilabel Interpol sebagai pengganas antarabangsa.

Dan dana tersebut diuruskan Najib sebagai Presiden UMNO dan Presiden Barisan Nasional.

‘Dana Khas’ Presiden sudah sejak zaman Dr Mahathir lagi dimana sebuah akaun peribadi khas diatas nama Presiden UMNO diwujudkan bagi menguruskan dana politik.

Bekas Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin yang keluar parti diatas sikap kronisme parti Dr Mahathir mendedahkan bahawa Dr Mahathir menerusi sebuah firma guaman memiliki 70% pegangan saham dalam syarikat Realmild yang memiliki beberapa syarikat media arus perdana dalam negara.

Baki 30% adalah milik wartawan veteran yang juga orang kuat Dr Mahathir, Datuk A Kadir Jasin.

“Datuk A Kadir Jasin mendakwa segala keuntungan tersebut telah diserahkan kepada UMNO manakala 70% saham Realmild pula diserahkan kepada UMNO oleh Tun M,” kata Anina.

Justeru beliau mempersoalkan tindakan Dr Mahathir yang selama ini menggelarkan Najib sebagai pemimpin kleptokrasi kerana memiliki duit yang banyak dalam akaun peribadinya sedangkan bekas Perdana Menteri itu juga sama ketika bergelar Presiden UMNO.

“Isu pokok dari narrative yang saya cungkil satu persatu di atas adalah, bagaimanakah Datuk A Kadir Jasin dan Dr Mahathir Mohammad pada ketika itu boleh memegang wang yang begitu banyak didalam akaun peribadi untuk pihak UMNO sedangkan DS Najib Razak tidak boleh,” soalnya.

Tambahnya, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum dipecat dari jawatan Timbalan Presiden UMNO turut mengakui wujudnya ‘dana khas’ yang diuruskan oleh Presiden UMNO, tetapi kini mengubah ‘tona’ suaranya dengan menuduh Najib mencuri duit 1MDB.

“Jika DANA KHAS PRESIDEN itu diakui benar oleh TS Muhyiddin Yasin pada 9 September 2015, apakah motif sebenar Saman Sivil terhadap DS Najib Razak yang dilakukan oleh saya pada 28 Ogos 2015?

“Sekali lagi saya tekankan, 12 hari selepas saya menfailkan saman tersebut, TS Muhyiddin Yasin telah membuat pengakuan rasmi di hadapan Ahli Majlis Tertinggi UMNO bahawa DANA KHAS PRESIDEN wujud dalam UMNO.”

Secara kesimpulanya, Anina ingin mengetahui samaada isu RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib merupakan agenda untuk menjatuhkan Najib semata-mata sedangkan Dr Mahathir juga melakukan perkara sama sebelum ini.

“Saya memohon Tun Dr Mahathir Mohammad, TS Muhyiddin Yassin, DS Mukhriz Mahathir dan Datuk A Kadir Jasin untuk menjawab persoalan ini dengan jelas, terperinci dan penuh kejujuran demi agama, bangsa dan negara,” pinta Anina.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");