Isu Panas

Calon Baharu BN Johor Tanding PRU14

JOHOR BAHRU – BN Johor berkemungkinan mengemukakan calon baharu untuk bertanding pada PRU14.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah calon baharu tersebut.

“Saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk mengumumkan senarai calon yang akan bertanding semasa PRU14.

“Walaupun terdapat parti komponen yang mula menyenaraikan nama calon masing-masing, namun keputusan akhir hanya akan dibuat oleh Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat tapak projek ekonomi rakyat Era Johor di Johor Jaya, di sini hari ini lapor Sinar Harian.

Mohamed Khaled berkata keputusan akhir senarai calon juga mungkin berubah di saat akhir dan hanya akan diketahui menjelang hari penamaan calon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");