Isu Panas

Calon UMNO Seimbang – Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Senarai calon UMNO yang bakal ditampilkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti seimbang membabitkan calon muda dan berpengalaman, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut mengesahkan bahawa senarai calon UMNO itu sudah diserahkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti untuk diteliti dan diputuskan.

“Saya berkeyakinan (senarai calon) muka baru dan lama adalah seimbang. Namun, kita ada cara berbeza sedikit yang mana kita pastikan yang dipilih adalah calon yang disukai rakyat dan bukannya yang disukai parti atau individu tertentu.

“Kita hendak rakyat menentukan siapa mereka pilih, untuk menjadi wakil mereka. Kita mahu calon terpilih adalah pilihan rakyat, seimbang muka lama, wanita, pemuda,” katanya selepas program Jualan Ikan Separuh Harga di Presint 9 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai calon muka lama yang pernah tewas pada PRU sebelum ini dan berhasrat bertanding semula pada PRU-14, beliau berkata, peluang masih ada tetapi mereka perlu mengemukakan alasan kekalahan lalu dan bagaimana untuk memenanginya kali ini.

“Mereka boleh mempromosi diri sendiri, tapi bukan kita yang minta dia tonjolkan diri, jadi perlu bersedia sekiranya tidak terpilih, terima kenyataan,” katanya.

Beliau berkata, UMNO mempunyai mekanisme tersendiri bagi menentukan calon dalam pilihan raya selain tapisan oleh agensi tertentu seperti polis, Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ditanya mengenai tindakan beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA, GERAKAN dan MIC yang sudah menyerahkan senarai calon dan mengumumkan calon mewakili parti masing-masing, Tengku Adnan berkata, ia mungkin disebabkan jumlah calon dan kerusi bagi parti itu yang agak sedikit berbanding UMNO.

“Mereka boleh umum tetapi kita akur kepada saranan Presiden agar ia tidak dilakukan hingga pengumuman rasmi calon dibuat apabila tiba masanya,” katanya.

Terdahulu, mengulas program jualan ikan separuh harga, beliau berkata, sejumlah tiga tan ikan antaranya pelaling, kerisi dan cencaru dijual masing-masing pada harga RM9 dan RM7 sekilogram.

“Selain itu, bagi menambah kelainan pada program kali ini, 750 ekor ayam turut ditawarkan pada harga RM5 sekilogram,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");