Isu Panas

Cameron Highlands: MIC Hormati Keputusan Presiden Parti

CAMERON HIGHLANDS – MIC akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan tertinggi BN berhubung calon bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany berkata, calon yang dipilih biarlah ditentukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli perlu menghormati keputusan berkenaan.

Menurutnya, MIC akan memberi sokongan penuh terhadap calon tersebut bagi memastikan BN kekal memerintah di Parlimen Cameron Highlands.

“Saya tahu banyak calon di sini, kita ada Sivarraajh (Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Datuk C Sivarraajh), kita ada Kayveas (Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia, Datuk M Kayveas) serta beberapa calon lagi yang berminat untuk bertanding di sini.

“Tapi saya rasa biarlah pucuk pimpinan yang tentukan dan siapa juga calon yang datang kita bertungkus lumus membantu untuk pastikan BN menang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Laptop dan Printer Untuk Semua Sekolah Parlimen Cameron Highlands hasil sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertempat di Hotel Heritage, Tanah Rata kelmarin lapor Sinar Harian

Hadir sama Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Ir Sharuddin Mohd Simin.

Sempena majlis itu Devamany bersama Sharuddin mengagihkan 70 set komputer riba dan mesin pencetak kepada 28 buah sekolah menengah, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan sekitar Parlimen Cameron Highlands.

Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, semua parti komponen perlu memiliki semangat kekeluargaan dan berharap agar tidak berlaku perselisihan faham menjelang PRU14 tidak lama lagi.

Tambahnya, diharapkan juga kerudi di Dun Tanah Rata dapat kembali kepada BN supaya pelbagai perkara boleh dilakukan termasuk penyelesaian isu tanah dan pekerja.

“Saya selaku Timbalan Presiden MIC berusaha keras membantu parti dan sekarang hampir 100 kawasan yang kita tengah tolong, takkan Cameron Highlands dekat dengan hati kita tak turun padang tolong.

“Saya juga ucap terima kasih kepada penduduk di sini kerana meletakkan kepercayaan kepada MIC sejak tahun 2004. Ia adalah persempadanan baharu yang dipecahkan daripada Kuala Lipis dan sejak itulah BN memerintah di parlimen ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada TNB di atas tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang mengagihkan komputer riba dan mesin pencetak kepada sekolah terlibat.

Menurutnya, usaha TNB ini mampu membantu proses pelajaran dan pembelajaran pelajar serta guru khususnya sekolah luar bandar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");