Jenayah

Cari Ibu Kandung

KOTA BHARU – Seorang wanita mencari ibu kandung kepada anak jagaannya yang dibesarkan sejak lima tahun lalu.

Wan Rokiah Ibrahim, 58, berkata, anak perempuan tersebut diserahkan kepadanya ketika berusia 10 hari dan kini sudah mencecah umur lima tahun.

Menurutnya, pada mulanya seorang wanita menyerahkan anak berkenaan untuk dijaga buat sementara waktu dan berjanji mengambilnya semula beberapa hari kemudian.

“Namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang khabar berita daripada dia. Kami perlu mendapatkan ibu kandungnya untuk proses dokumentasi pengenalan diri dan juga anak angkat.

“Bagi kami kedatangan anak ini bagaikan penyeri kepada keluarga saya. Namun untuk masa depannya kami perlu lakukan sesuatu dan kami mendoakan agar ibu kandungnya masih mengingati saya,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Katanya, sekiranya ibu kandungnya masih mengingati peristiwa lima tahun lalu dia boleh menghubungi saya di talian 013-9441555.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");