Sukan Hari Ini

Chong Wei Pernah Tolak Tawaran Bookie

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui pernah ditawarkan habuan oleh seseorang untuk mengatur perlawanan dalam kejohanan yang disertainya.

Bagaimanapun, pemain nombor dua dunia itu tidak melayan tawaran berkenaan apabila menegaskan yang dia bermain bukan semata-mata kerana wang tetapi demi maruah negara.

“Memang ada orang pernah tawarkan saya (untuk mengatur perlawanan) tetapi bagi saya wang bukan segala-segalanya.

“Apa yang paling penting adalah maruah negara yang perlu dijaga dan ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini, hari ini.

Justeru, sebagai pemain negara yang paling senior, Chong Wei, 36, mengingatkan rakan-rakannya khususnya yang masih muda supaya tidak terjebak dengan kegiatan mengatur perlawanan kerana baginya tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Minggu lalu dalam satu laporan eksklusif, Sukan NSTP mendedahkan seorang pemain profesional Malaysia yang pernah beraksi dalam di kejohanan utama seperti Seluruh England dan Kejohanan Dunia, sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas dakwaan mengatur perlawanan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kemudian mengesahkan bukan seorang tetapi dua pemain di luar badan induk itu digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan oleh BWF.

Mengulas lanjut, Chong Wei yang kini dalam persiapan menghadapi Seluruh England, bulan depan menyifatkan kegiatan mengatur perlawanan membabitkan sukan badminton ketika ini sesuatu yang mencemarkan imej Malaysia sebagai antara kuasa besar sukan berkenaan.

“Apa yang saya boleh katakan, ia mencemarkan nama baik negara dan sukan badminton. Mereka mungkin bukan pemain BAM tetapi mereka masih membawa Jalur Gemilang di dada mereka setiap kali beraksi.

“Sebagai pemain utama dunia, kes ini sangat memalukan. Saya harap kes ini akan segera diselesaikan dan saya tahu BAM akan ambil mengambil tindakan tegas,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");