Sukan Hari Ini

Conte Mahu ‘Balik Kampung’?

ROME: Pengurus Chelsea Antonio Conte tidak sabar mahu pulang ke Itali dan mahu mengisi kekosongan jawatan jurulatih skuad kebangsaan negara itu, kata Pesuruhjaya FA Itali yang baru dilantik Roberto Fabbricini semalam.

Conte meninggalkan jawatan itu untuk mengendalikan Chelsea selepas Euro 2016, namun penggantinya Gian Piero Ventura dipecat selepas Itali tewas kepada Sweden dalam perlawanan play-off Piala Dunia November lalu.

Malah spekulasi terhadap masa depan Conte,48, semakin hangat selepas Chelsea tewas 0-3 di tangan Bournemouth di Stamford Bridge semalam.

Memetik laporan BH Online, Fabbricini berkata bekas pengurus Manchester City Roberto Mancini, yang ketika ini mengendalikan Zenit St Petersburg, Carlo Ancelotti, yang masih tiada jawatan selepas dipecat Bayern Munich dan jurulatih Nantes Claudio Ranieri, yang membawa Leicester City menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris pada 2016 juga berada dalam senarai calon.

“Nama yang disenaraikan adalah orang yang anda kenali,” kata pesuruhjaya baru FIGC yang mengesahkannya selepas dilantik hari ini.

“Mancini berada di Rome tetapi kami tidak menghubunginya, Conte nampaknya berminat menyertai Azzurri lagi, Ancelotti masih belum pasti malah Ranieri juga tidak boleh diketepikan.”

Ventura dipecat selepas Itali gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 dan Presiden FIGC Carlo Tavecchio meletak jawatan.

Selepas pemilihan minggu ini gagal mendapatkan pengganti Tavecchio, Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) melantik Fabbricini sebagai presiden sementara sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");