Jenayah

Curi Ibu Jari Patung Askar Terracotta

PHILADELPHIA – AMERIKA SYARIKAT. Pihak berkuasa China mendesak hukuman berat terhadap seorang lelaki yang dituduh mencuri ibu jari patung Askar Terracotta yang dipamerkan di Amerika Syarikat, lapor media China.

Patung berusia 2,000 tahun itu adalah satu daripada 10 patung yang dipinjamkan kepada Institut Franklin di Philadelphia bagi tujuan pameran.

Michael Rohana, 24, mencuri dan menyembunyikan cebisan artifak itu ketika menghadiri sebuah parti di institut tersebut pada 21 Disember.Dia dilaporkan menyelinap masuk ke ruangan pameran yang pada ketika itu ditutup.

Menurut media China, Xinhua, Rohana dilaporkan sempat berswafoto bersama salah satu patung itu.Dia kemudian dilihat seperti mematahkan sesuatu daripada tangan kiri patung tersebut dan menyembunyikannya di dalam poket.

Pekerja muzium perasan kehilangan ibu jari itu pada 8 Januari dan pihak FBI berjaya menjejak Rohana.Dia mengaku menyimpan ibu jari tersebut di dalam laci.

Rohana yang dituduh pada minggu lepas, dibebaskan dengan jaminan.

Pengarah Pusat Promosi Warisan Kebudayaan Shaanxi yang bertanggungjawab meminjamkan patung Askar Terracotta tersebut mengecam Institut Franklin kerana bersikap cuai.

“Kami mahu kerajaan Amerika Syarikat menghukum pelaku itu.Kami telah melakukan protes terhadap mereka,” kata Wu Haiyun.

Menurut Wu lagi, pihaknya akan menghantar dua pakar ke Amerika Syarikat untuk mencantum semula ibu jari tersebut dan tuntutan pampasan akan dibuat.

10 patung yang sedang dipamerkan di Institut Franklin itu adalah sebahagian daripada 8,000 patung Askar Terracotta yang dibuat ketika era Maharaja Qin Shi Huang, beliau percaya patung-patung tersebut akan melindunginya selepas kematian.

Patung pahlawan yang dikenali sebagai ‘Askar Terracotta’ itu ditemui di Xi’an pada 1974 oleh sekumpulan petani lapor BBC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");